Oppositions working towards 1 to 1 fight with Barisan Nasional

Januari 26, 2008 at 11:25 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

[blip.tv ?posts_id=631073&dest=20652]

Food Stockpile: Khalid Ibrahim slams Government

Januari 26, 2008 at 4:45 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

[blip.tv ?posts_id=630737&dest=20652]

Kuala Lumpur, 24 Jan – Kerajaan Malaysia digesa mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Akibat krisis kewangan Amerika Syarikat, dunia sedang menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi dan Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.

Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media hari ini mengatakan kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana ia adalah satu-satunya benteng negara bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi Amerika Syarikat.

Beliau juga berkata, sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi, kata Tan Sri.

Kerajaan Barisan Nasional mempunyai sikap tidak bertanggungjawap dengan membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan. Kos-kos acara begitu menelan belanja sehingga RM50 Juta – RM 100 Juta setiap satu.

Kerajaan mengatakan perbelanjaan tersebut tidak semestinya dibuat oleh kerajaan secara langsung.

Perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat tambah beliau.

Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik dan menjangka Malaysia akan merasakan kesan kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat.

Tan Sri Khalid mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dan mengulang seruan KeADILan bahawa kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya.

BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk memikul tugas tersebut

Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.

Keuntungan Petronas seharusnya dapat membantu mengurangkan harga minyak

Januari 25, 2008 at 10:10 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

[blip.tv ?posts_id=628527&dest=20652]

Krisis Ekonomi Dunia: Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Cekap Bagi Menghadapinya

Januari 25, 2008 at 3:10 am | Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen

[blip.tv ?posts_id=627966&dest=20652]

Kuala Lumpur, 24 Jan – Kerajaan Malaysia digesa mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Akibat krisis kewangan Amerika Syarikat, dunia sedang menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi dan Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.

Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media hari ini mengatakan kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana ia adalah satu-satunya benteng negara bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi Amerika Syarikat.
Beliau juga berkata, sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi, kata Tan Sri.

Kerajaan Barisan Nasional mempunyai sikap tidak bertanggungjawap dengan membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan. Kos-kos acara begitu menelan belanja sehingga RM50 Juta – RM 100 Juta setiap satu.

Kerajaan mengatakan perbelanjaan tersebut tidak semestinya dibuat oleh kerajaan secara langsung.

Perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat tambah beliau.

Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik dan menjangka Malaysia akan merasakan kesan kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat.

Tan Sri Khalid mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dan mengulang seruan KeADILan bahawa kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya.

BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk memikul tugas tersebut

Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.

Isu kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan kesannya ke atas rantau Asia, serta isu harga petrol

Januari 24, 2008 at 11:59 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

[blip.tv ?posts_id=626370&dest=20652]

Jenazah Fernando selamat dikebumikan 1.30 tengah hari

Januari 24, 2008 at 1:55 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

[blip.tv ?posts_id=623871&dest=20652]

Kuala Lumpur, 20 Jan – Jenazah peguam terkemuka, Aris Rizal Christopher Fernando selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Titiwangsa, dekat sini jam 1.30 tengah hari tadi.Fernando, 68, meninggal jam 12.30 pagi tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham diserang sakit jantung dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara Isnin 15 Jan lepas. Beliau tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung sehari selepas itu sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.

Jenazahnya kemudian dibawa ke rumah salah seorang keluarga beliau di Taman Titiwangsa. Kira-kira 300 orang kaum keluarga, sahabat handai dan sahabat seperjuangan hadir untukmemberi penghormatan terakhir.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail tiba pada kira-kira pukul 11 pagi. Penasiha KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Sabah dan dijangka akan pulang segera petang ini.

Antara pemimpin KeADILan yang turut hadir ialah Naib Presiden Azmin Ali, Pengarah Strategik Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin.

Teman-teman peguam yang turut kelihatan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Zulkifli Nordin, Pawanchek Merican, Sankara N nair, Sulaiman Abdullah, Zainur Zakaria, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Gibind Singh Deo dan lain-lain.

Turut kelihatan pemimpin Pas Dr Hatta Ramli serta penyokong-penyokong KeADILan dan aktivis reformasi.

Nama Fernando mula terkenal apabila beliau tampil menjadi salah seorang peguam yang membela Anwar apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu difitnah dan didakwa dimahkamah pada tahun 1999. Fernando meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.

This video was originally shared on blip.tv by Keadilan tv with a Public Domain license.

Anwar sedia beri keterangaan bantu Suruhanjaya Diraja

Januari 23, 2008 at 2:09 am | Dikirim dalam Anwar Ibrahim, Loh Mui Fah, Tun Ahmad Fairuz, Tun Eusoff Chin, VK Lingam | Tinggalkan komen
Label: , , , ,

KeADILan kecam kerajaan gagal kawal bekalan minyak masak

Januari 10, 2008 at 3:10 am | Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen
Label: , , , , , , , , , , , , ,

[blip.tv ?posts_id=595369&dest=20652]

Malaysia, negara yang merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia seharusnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan di dalam negara. Jangkaan penghasilan minyak sawit Malaysia ialah sebanyak 16.5 juta tan bagi tahun 2007. Saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) supaya pembelian minyak masak dihadkan maksimum 5 kilogram pada sesuatu masa adalah jalan mudah bagi kementerian untuk menutup kelemahan mereka dalam menangani isu tersebut.untuk berita selanjutnya sila layari http://www.suarakeadilan.com

Keadilan kesal kerajaan gagal tangani isu minyak masak

Januari 10, 2008 at 3:00 am | Dikirim dalam bekalan, Brickfields, catuan, Dr Xavier, Keadilan, KeADILan TV, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pe, Kenaikan, Minyak masak, Rakyat, Sidang Media, Tian Chua, Video, www.suarakeadilan.com | Tinggalkan komen
Label: , , , , , , , , , , , , ,

Tarikh: 09 Januari 2008

Tempat: Ibu Pejabat KeADILan, Brickfields

Malaysia, negara yang merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia seharusnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan di dalam negara. Jangkaan penghasilan minyak sawit Malaysia ialah sebanyak 16.5 juta tan bagi tahun 2007.

“Saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) supaya pembelian minyak masak dihadkan maksimum 5 kilogram pada sesuatu masa adalah jalan mudah bagi kementerian untuk menutup kelemahan mereka dalam menangani isu tersebut.”
untuk berita selanjutnya sila layari http://www.suarakeadilan.com

Polis guna meriam air menyuraikan perhimpunan Anti_ISA

Januari 8, 2008 at 10:33 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

[blip.tv ?posts_id=591684&dest=20652]

Kuala Lumpur: Pihak Polis hanya membenarkan 15 minit untuk perserta perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkumpul di Dataran Merdeka 5 Januari lalu.

Ketika perhimpunan berkenaan, kira-kira 300 orang diarahkan beredar di kawasan Dataran Merdeka yang telah ditutup dan dikawal rapi oleh anggota polidKetua Polis Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkanain Abdul Rahman memberikan 15 minit kepada penganjur dan mereka diminta bersurai.

“Saya beri kamu masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan diambil,” katanya menggunakan pembesar suara kepada peserta perhimpunan.

Pada ketika itu kira-kira 300 orang yang berkumpul diarahkan oleh Zulkanain untuk beredar, namun mereka tetap mempertahankan hak mereka untuk meneruskan perhimpunan.

Kira-kira jam 8.15 Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh  dan wakil GMI  S.Arutchelvan , berbincang dengan Zulkanain mengenai perhimpunan dan Zulkanain memberikan 15 minit untuk berkumpul dan seterusnya beredar dari kawasan Dataran Merdeka.

300 Orang yang telah membakar lilin sejak jam 8 malam memulakan acara dengan menyanyikan lagu suara rakyat serta melaung-laungkan slogan anti ISA dan tegakan demokrasi.

Selepas itu, ucapan ringkas beberapa pimpinan, mereka diminta bersurai oleh pihak polis, dan terdapat segelintir dari peserta meninggalkan kawasan Dataran Merdeka.

Kira-kira jam 8.40 malam pula, sebahagian perserta yang tinggal mula meninggalkan Dataran Merdeka dan mula bergerak dan berkumpul di hadapan bangunan Majlis Peguam di Lemboh Ampang.

Mereka berkumpul di tepi jalan di depan bangunan tersebut dan menjerit-jeritkan slogan anti ISA.

Pada jam 9.00 malam kira-kira 40 anggota FRU bersama trak water canon mara ke arah peserta terbabit sambil memberi arahan ‘bersurai’ sebanyak tiga kali, bagaimanapun ada segelintir peserta yang tidak berganjak.

Selepas 15 minit, peserta dihalau oleh polis dengan semburan ‘water canon’ mengunakan air biasa sebanyak dua kali berhampiran jalan Lebuh Ampang.

5 minit kemudian, saki-baki peserta yang masih tinggal dikejar sekumpulan pihak polis termasuk anggota berpakaian preman menyebabkan peserta lari menyelamatkan diri.

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.