Polis guna meriam air menyuraikan perhimpunan Anti_ISA

Januari 8, 2008 at 10:33 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Kuala Lumpur: Pihak Polis hanya membenarkan 15 minit untuk perserta perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkumpul di Dataran Merdeka 5 Januari lalu.

Ketika perhimpunan berkenaan, kira-kira 300 orang diarahkan beredar di kawasan Dataran Merdeka yang telah ditutup dan dikawal rapi oleh anggota polidKetua Polis Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkanain Abdul Rahman memberikan 15 minit kepada penganjur dan mereka diminta bersurai.

“Saya beri kamu masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan diambil,” katanya menggunakan pembesar suara kepada peserta perhimpunan.

Pada ketika itu kira-kira 300 orang yang berkumpul diarahkan oleh Zulkanain untuk beredar, namun mereka tetap mempertahankan hak mereka untuk meneruskan perhimpunan.

Kira-kira jam 8.15 Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh  dan wakil GMI  S.Arutchelvan , berbincang dengan Zulkanain mengenai perhimpunan dan Zulkanain memberikan 15 minit untuk berkumpul dan seterusnya beredar dari kawasan Dataran Merdeka.

300 Orang yang telah membakar lilin sejak jam 8 malam memulakan acara dengan menyanyikan lagu suara rakyat serta melaung-laungkan slogan anti ISA dan tegakan demokrasi.

Selepas itu, ucapan ringkas beberapa pimpinan, mereka diminta bersurai oleh pihak polis, dan terdapat segelintir dari peserta meninggalkan kawasan Dataran Merdeka.

Kira-kira jam 8.40 malam pula, sebahagian perserta yang tinggal mula meninggalkan Dataran Merdeka dan mula bergerak dan berkumpul di hadapan bangunan Majlis Peguam di Lemboh Ampang.

Mereka berkumpul di tepi jalan di depan bangunan tersebut dan menjerit-jeritkan slogan anti ISA.

Pada jam 9.00 malam kira-kira 40 anggota FRU bersama trak water canon mara ke arah peserta terbabit sambil memberi arahan ‘bersurai’ sebanyak tiga kali, bagaimanapun ada segelintir peserta yang tidak berganjak.

Selepas 15 minit, peserta dihalau oleh polis dengan semburan ‘water canon’ mengunakan air biasa sebanyak dua kali berhampiran jalan Lebuh Ampang.

5 minit kemudian, saki-baki peserta yang masih tinggal dikejar sekumpulan pihak polis termasuk anggota berpakaian preman menyebabkan peserta lari menyelamatkan diri.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: