Jenazah Fernando selamat dikebumikan 1.30 tengah hari

Januari 24, 2008 at 1:55 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Kuala Lumpur, 20 Jan – Jenazah peguam terkemuka, Aris Rizal Christopher Fernando selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Titiwangsa, dekat sini jam 1.30 tengah hari tadi.Fernando, 68, meninggal jam 12.30 pagi tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham diserang sakit jantung dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara Isnin 15 Jan lepas. Beliau tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung sehari selepas itu sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.

Jenazahnya kemudian dibawa ke rumah salah seorang keluarga beliau di Taman Titiwangsa. Kira-kira 300 orang kaum keluarga, sahabat handai dan sahabat seperjuangan hadir untukmemberi penghormatan terakhir.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail tiba pada kira-kira pukul 11 pagi. Penasiha KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Sabah dan dijangka akan pulang segera petang ini.

Antara pemimpin KeADILan yang turut hadir ialah Naib Presiden Azmin Ali, Pengarah Strategik Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin.

Teman-teman peguam yang turut kelihatan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Zulkifli Nordin, Pawanchek Merican, Sankara N nair, Sulaiman Abdullah, Zainur Zakaria, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Gibind Singh Deo dan lain-lain.

Turut kelihatan pemimpin Pas Dr Hatta Ramli serta penyokong-penyokong KeADILan dan aktivis reformasi.

Nama Fernando mula terkenal apabila beliau tampil menjadi salah seorang peguam yang membela Anwar apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu difitnah dan didakwa dimahkamah pada tahun 1999. Fernando meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.

This video was originally shared on blip.tv by Keadilan tv with a Public Domain license.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: