Krisis Ekonomi Dunia: Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Cekap Bagi Menghadapinya

Januari 25, 2008 at 3:10 am | Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen

Kuala Lumpur, 24 Jan – Kerajaan Malaysia digesa mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Akibat krisis kewangan Amerika Syarikat, dunia sedang menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi dan Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.

Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media hari ini mengatakan kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana ia adalah satu-satunya benteng negara bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi Amerika Syarikat.
Beliau juga berkata, sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi, kata Tan Sri.

Kerajaan Barisan Nasional mempunyai sikap tidak bertanggungjawap dengan membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan. Kos-kos acara begitu menelan belanja sehingga RM50 Juta – RM 100 Juta setiap satu.

Kerajaan mengatakan perbelanjaan tersebut tidak semestinya dibuat oleh kerajaan secara langsung.

Perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat tambah beliau.

Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik dan menjangka Malaysia akan merasakan kesan kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat.

Tan Sri Khalid mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dan mengulang seruan KeADILan bahawa kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya.

BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk memikul tugas tersebut

Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.

2 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. Hallo Cik,
    Salam kenal dari Dunia TV

    Regards,
    Dunia TV

  2. AWAS TV >>> BANYAK RUSAKNYA ^,^
    http://www.ajangkita.com/forum/viewtopic.php?t=21288


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: